belajar bahawa proses pembelajaran itu berlaku sepanjang hayat kita, hatta ke liang lahad, kita masih jugak belajar..
saya telah belajar, bahawa tidak kira apa pun yang berlaku atau seburuk apa pun hari ini, hidup musti terus dan percaya bahawa hari esok adalah lebih baik dari hari ini.
saya telah belajar, bahawa kita manusia selalu membiarkan diri kita memperkatakan sesuatu hal orang lain tanpa mencermin diri kita sendiri. itu adalah perilaku yang hodoh pada seorang manusia dan saya perlu belajar mencermin diri sendiri sebelum cermin orang lain.
saya telah belajar, kadang kadang hidup ini memberi kita peluang kedua. kita di beri dugaan supaya kita semakin dekat dengan Nya. syukur, saya masih diberi peluang memperbaiki kelemahan diri.
saya telah belajar bahawa setiapa kali saya memutuskan sesuatu dengan hati yang terbuka, saya biasanya membuat keputusan yang betul.
saya telah belajar bahawa, masih banyak lagi yang perlu saya belajar.....
setiap orang ada cerita atau masa lalu yang membangunkan diri mereka pada hari ini. ada cerita manis dan pahit. ada masa lalu yang hitam atau masa lalu yang putih bersih. semua itu adalah apa yang menjadikan kita pada hari ini.
itu cerita masa lalu. apa yang kita hadapi kini, adalah hari ini. hari ini juga akan menjadi masa lalu. jangan dipandang masa yang lalu sebab hari ini, sudah jauh bezanya.